PENGENALAN Menurut Abdul Halim Mohd Hussin (2006), sejarah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia bermula sekitar tahun 1940-an. Pada tahun 1939, Mc Kenzie memperkenalkan buku bertajuk “A guide to careers in Malaya for parents, teachers and pupils”. Buku ini dijadikan panduan oleh guru-guru di sekolah untuk membantu proses penempatan pelajar ke sektor pekerjaan. Sejak awal tahun 1960an, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia. Pada masa itu, perkhidmatan ini lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran. CIRI-CIRI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Kemesraan Menurut pandangan tokoh Rogers ( 1961 ), seorang guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan mestilah bersikap mesra, menunjukkan keyakinan, dan boleh dipercayai. Beliau juga berpendapat bahawa persepsi klien terhadap sikap seorang kaunselor lebih penting daripada teori atau kaedah yang diperolehi. Si...
Comments
Post a Comment